Tutup

Tipu culik: Remaja perempuan diperintah ke sekolah Tunas Bakti

Mahkamah Majistret memerintahkan remaja perempuan 14 tahun yang menipu diculik Disember lalu dihantar ke sekolah Tunas Bakti bagi menjalani pemulihan selama tiga tahun. Keputusan dibuat Majistret Nor Asma Ahmad mengikut seksyen 91 kurungan B Akta Kanak-Kanak 2001 selepas remaja itu mengaku bersalah 6 Januari lalu.