Tutup

Titisan air mata Sultan Nazrin kenang pemergian Allahyarham Adib

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitiskan air mata ketika bertitah berkongsi kesedihan mengenai Allahyarham Anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang terkorban dalam tragedi rusuhan di tapak kuil Seafield, Subang Jaya 27 Disember lepas. Baginda yang sebak melahirkan rasa dukacita atas kehilangan Muhammad Adib dan menyifatkan Allahyarham seorang wira terbilang, berani, cekal lagi berwibawa. Baginda mahu, pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Muhammad Adib tidak terlepas daripada undang-undang dan dikenakan hukuman setimpal. Dalam nada tersekat-sekat dan beberapa kali menyeka air mata, baginda berkongsi saat sewaktu mencemar dulu menziarahi Muhammad Adib ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 30 November lalu.