"TMJ is a little boy, he's stupid" - Tun Mahathir

Tunku Mahkota Johor (TMJ) hanyalah seorang budak kecil dan dia juga 'bodoh'. Itu penegasan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai reaksi pada kenyataan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang membangkitkan perkara baik dilakukan ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang tidak dihebohkan. Menurut Perdana Menteri, adalah lebih baik seandainya putera sulung Sultan Johor itu berdiam diri daripada bercakap perkara yang beliau tidak tahu.