Tutup

TNB jalani latihan siap sedia hadapi bencana

Tenaga Nasional Berhad TNB bersiap sedia bagi menghadapi musim tengkujuh dijangka akhir tahun ini menerusi pengendalian latihan melibatkan Empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands pada 6 November lalu. Syarikat utiliti itu menyiarkan video menunjukkan persiapan kecemasan melibatkan operasi empangan dan gerakan masyarakat setempat.