Tutup

Tokan dadah Alor Gajah dicekup polis

Kurang tiga bulan dibebaskan dari penjara, seorang bapa dua anak sekali lagi dicekup pihak polis selepas disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di sekitar daerah Alor Gajah. Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari megikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.