Tutup

'Tokan dadah' diberkas, dadah RM1.4 juta dirampas

Polis Pulau Pinang berjaya menahan seorang 'tokan dadah' dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira- kira RM1.4 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Permai, Bukit Tengah dekat Bukit Mertajam. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik berkata,lelaki berusia 54 tahun itu ditahan dalam Ops Ice Breaker oleh Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (Spt) pada jam 2.20 petang Rabu lepas.