Tol sumbang perbelanjaan bulanan penduduk Semenyih

Beberapa hari lepas Astro AWANI meninjau sendiri perjalanan penduduk Semenyih yang berulang alik ke Kuala Lumpur. Antara yang menjadi tumpuan ialah laluan mana yang mereka gunakan dan berapa banyak dibayar ketika melalui tol. Ini semua menyumbang ke arah perbelanjaan bulanan dan seterusnya kos sara hidup mereka.