Tutup

Tolak kerajaan Melayu: Hadi, Mahathir sependapat

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat bahawa kerajaan Malaysia yang dibentuk perlu mewakili masyarakat yang majmuk. Pandangan beliau itu dilihat seiring pandangan yang dilontarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang menegaskan bahawa tidak sesuai untuk sesebuah kerajaan dibentuk mewakili kaum tertentu sahaja.