Tutup

Tolak projek tambak laut keutamaan pembangkang di Dewan Rakyat - Najib

Isu projek tambak laut di perairan selatan (PSR) bagi membentuk tiga buah pulau buatan di Pulau Pinang akan terus dibangkitkan pihak pembangkang dalam sidang Parlimen akan datang. Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isu itu akan menjadi keutamaan mereka memandangkan projek berkenaan akan menjejaskan kehidupan lebih 4,000 nelayan.