Tolak usul sebab Kerajaan Johor tidak mohon isytihar darurat

Usul tergempar mememinta pengisytiharan darurat bencana di Pasir Gudang ditolak kerajaan kerana ia tidak mengikut ketetapan arahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata mengikut arahan 20 Akta MKN, sesebuah Kerajaan Negeri perlu mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan jika berkehendaki sesuatu kawasan itu diisytiharkan darurat.