Video  | 

TPM Wan Azizah kunjungi Presiden Jokowi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memulakan lawatan kerja sehari beliau ke Indonesia pada Selasa dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia Joko Widodo. Dalam pertemuan 30 minit di Istana Presiden Bogor, Dr Wan Azizah dan presiden yang lebih dikenali dengan nama Jokowi, membincangkan pelbagai perkara membabitkan hubungan dua hala. Dr Wan Azizah diiringi Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin. Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Luar Indonesia Retno LP Marsudi dan Menteri Sekretaris Negara Muhadjir Effendy. Lawatan Dr Wan Azizah ke Indonesia adalah kunjungan pertama beliau ke negara berjiran sejak dilantk sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 21 Mei susulan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Mei lepas.