Tutup

Tragedi berhari raya, 11 cedera dua kereta bertembung

Seramai 11 orang cedera apabila dua buah kereta bertembung di hadapan Restoran Bamboo Sungai Klah, berhampiran Plaza Tol Sungkai, pada petang hari raya pertama. Enam yang cedera, menaiki kereta Perodua Alza manakala lima lagi menaiki Perodua Myvi.