Tutup

Tragedi enam beranak di pagi Syawal

Kegembiraan enam beranak menyambut Hari Raya pertama berakhir tragedi apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut, manakala ibunya parah dalam kemalangan di Jalan Jemaluang, Mersing, awal pagi tadi. Dalam nahas kira-kira jam 6.30 pagi, Marissa Az Zahra Mazlan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala ibunya, Faizah Che Don, 38 tahun, pula cedera parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di tepi jalan.