Tutup

Tragedi Lenggong: 'Tak sempat peluk, cium kali terakhir'

Terkilan sangat sebab tak dapat peluk,cium buat kali terakhir?. Itu reaksi Ramelah Yaakob, 54 tahun yang tidak sempat bersua dengan tiga anak saudaranya, Nur Ain Hafizah dan sepasang kembar, Muhammad Hanif dan Nur Ain Hanifah Ismail, yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan empat kenderaan di simpang empat lampu isyarat berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, pagi semalam.