Transaksi tanah DBKL: SPRM teruskan siasatan

Kementerian Wilayah Persekutuan mengenalpasti sekurang-kurangnya 97 transaksi penjualan tanah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) antara tahun 2011 sehingga 2018 yang perlu siasatan lanjut. Menurut menterinya, Khalid Samad daripada jumlah itu sebanyak 64 transaksi kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah dilaporkan oleh ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.