Tutup

Trauma berulang setiap kali bumi Ranau bergegar

Di sebalik kesibukan penduduk di persekitaran Gunung Kinabalu melaksanakan aktiviti harian dan mencari rezeki, masih terselit kebimbangan dan ketakutan susulan gempa bumi berukuran 5.9 skala richter pada 5 Jun 2015 lalu. Kebanyakan penduduk khususnya di kaki gunung bimbang akan keselamatan mereka setiap kali gegaran berlaku. Kejadian gempa yang meragut 18 nyawa itu menghadirkan trauma berpanjangan kepada mereka biarpun sudah hampir tiga tahun berlalu. Laporan Tan Su Lin di Kundasang, Sabah.