Trend pekerjaan 2019 menumpu kepada bakat digital

Lanskap pekerjaan bagi 2019 dijangka berubah dengan 96 peratus majikan memberi tumpuan kepada pengambilan bakat berkemahiran tinggi, khususnya dalam segmen digital serta teknologi maklumat. Menurut Pengurus Jobstreet.Com Malaysia Gan Bock Herm perubahan ini selaras dengan keperluan memenuhi kehendak ekonomi digital dan revolusi industri 4.0.