Tudung periuk masuk kepala budak

Seorang kanak-kanak berusia enam tahun tersangkut kepala pada tudung periuk di kediamannya di Taman Ampang Indah, Kuala Lumpur malam tadi. Pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa dipanggil apabila keluarganya gagal menanggalkan tudung periuk itu dalam kejadian kira-kira jam 8 malam.