Tujuh ditahan disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas

PDRM tahan tujuh suspek disyaki terlibat dalam kumpulan penganas antara 19 hingga 28 November lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, dalam operasi yang dijalankan di Kelantan, Selangor, Sabah dan Kedah itu, lima suspek merupakan warga tempatan manakala dua lagi rakyat Filipina.