Tujuh jam padam kebakaran kilang, enam anggota bomba cedera

Enam anggota bomba cedera ketika cuba memadamkan kebakaran kilang di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, semalam. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor kejadian berlaku pada 5.37 petang dan api berjaya dikawal tujuh jam kemudian.