Tutup

Tujuh lelaki ditahan rogol dua remaja perempuan

Mahkamah sesyen mengarahkan tujuh lelaki termasuk dua remaja bawah umur membela diri atas dakwaan merogol dua gadis bawah umur di Ketereh Kota Bharu pada 2014. Hakim Adli Ab Ghalib membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap semua tertuduh.