Tujuh remaja didakwa rogol remaja bawah umur

Tujuh remaja lelaki dihadap ke Mahkamah Alor Setar atas 16 pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur September tahun lepas. Kesemua suspek berusia 15 hingga 18 tahun itu didakwa melakukan kesalahan itu secara bergilir-gilir dalam tempoh beberapa minggu dalam bulan tersebut di rumah mangsa di Pendang.