Tukang masak dituduh sebabkan kematian warga emas

Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 63 tahun di Pekan Baru, Februari lepas. Liew Wai Keong, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi.