Tukang masak mati ditikam peragut

Seorang tukang masak wanita, meninggal dunia selepas ditikam dengan senjata tajam di jantungnya dalam satu kejadian samun di Taman Sutera Yong Peng , Batu Pahat pagi tadi. Mangsa dikenal pasti sebagai Tan Chi Ann, 47 tahun disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke sebuah hospital swasta.