Tutup

Tukang masak MT Orkim Harmony keluar hospital

Tukang masak yang terkena tembakan dalam insiden rampasan kapal MT Orkim Harmony dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia, HUSM Kubang Kerian, pada Ahad. Sebaik keluar dari hospital, Mawit Matin, 46 tahun, warganegara Indonesia diiringi pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan ke kapal berkenaan bagi membantu siasatan kes itu.