Tutup

Tukang rumah didakwa bunuh abang teman wanita

Seorang tukang rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret ,Kuala Terengganu atas tuduhan membunuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan. Mengikut pertuduhan, Mohd Hafiz Mohamad didakwa membunuh Muhamad Shukri Husin, 34 tahun , di tempat letak kenderaan hadapan Pejabat Agama Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu jam 11.39 pagi 16 Oktober lalu.