Tukar kata laluan 3 bulan sekali elak kebocoran data

Pengguna Internet disaran menukar kata laluan akaun laman sosial mereka sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata langkah itu sebahagian daripada salah satu kaedah mengekang kebocoran data peribadi daripada berlaku.