Tutup

Tukul besi dan 2 minit untuk larikan tiga dulang emas

Hanya dua minit dan tukul besi diperlukan empat perompak untuk melarikan tiga dulang emas dianggarkan bernilai RM60 ribu daripada sebuah kedai emas di Batu Gajah Perak. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, insiden berlaku jam 11.55 pagi dan melibatkan empat suspek menaiki dua buah motosikal.