Tular rotan pelajar, KPM tunggu hasil siasatan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih menunggu laporan terperinci dari Jabatan Pelajaran Negeri (PPN) Johor berhubung siasatan seorang pelajar sekolah menengah di Skudai, Johor dirotan gurunya. Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, berkata ketika ini pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) negeri itu sedang menjalankan siasatan mengenai insiden yang tular di laman sosial baru- baru ini.