Tumpuan AWANI 7.45: Bung Moktar dan Zizie Izzete didakwa & IPCMC bukan untuk hukum polis

Anggota Parlimen Kinabatangan dan bekas Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette A. Samad didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan berkaitan rasuah. Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis bukan untuk menghukum anggota polis. Perincian penuh di AWANI 7.45 dan astroawani.com.