Tumpuan AWANI 7.45: Dua suspek ditahan & perginya Tokoh Sejarawan

Polis menemui mayat seorang lelaki, dipercayai pemandu Grab yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu di kawasan semak berhampiran Shahbandar Tuaran pada Isnin. Sejarawan dan Ahli Akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim meninggal dunia di Hospital Universiti Malaya, PPUM, Petaling Jaya. Laporan penuh dalam AWANI 7.45 dan astroawani.com