Tumpuan AWANI 7:45 - Empat saksi dipanggil esok, Jawatankuasa urus wang THM

Empat saksi akan dipanggil SPRM esok bagi membantu siasatan berhubung dakwaan wang berjumlah RM90 juta yang dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas. Satu jawatankuasa akaun dipengerusikan ketua setiausaha perbendaharaan diwujudkan bagi memastikan Tabung Harapan Malaysia yang kini berjumlah RM202,716,775.10 sen diuruskan dengan baik dan penuh integriti. Laporan penuh di AWANI 7:45 dan astroawani.com