Tumpuan AWANI 7.45: Farid Kamil dipenjara 9 bulan & 32.66 juta penduduk di Malaysia

Pelakon Farid Kamil dipenjara sembilan bulan kerana dadah oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas didapati bersalah mengguna dadah, tahun lalu. Penduduk di Malaysia bagi suku tahun pertama 2019 dianggarkan 32.66 juta, dengan penduduk lelaki melebihi perempuan. Perincian penuh di AWANI 7.45 dan astroawani.com.