Tumpuan AWANI 7.45: Kempen PRK Sandakan terbaik & RM17.1 bilion bayar balik cukai GST, cukai pendapatan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan perjalanan kempen sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan sebagai yang terbaik berbanding beberapa PRK pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan telah membuat pembayaran balik cukai GST dan cukai pendapatan berjumlah 17.1 bilion ringgit sehingga 30 April lalu. Perincian penuh di AWANI 7.45 dan astroawani.com.