Tumpuan AWANI 7.45: Kepala isteri ditetak & Rafizi akui tewas

Bukan hanya ditetak di muka dan kepala, malah jari wanita ini turut dipotong lalu ditinggalkan di dapur. Suami bertindak kejam membunuh isterinya dalam kejadian di Ladang Pintasan, Kinabatangan. Calon Timbalan Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli menjangka kekalahan pemilihan parti di Selangor. Lawannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka menang dengan 55 peratus undian. Perinciannya di AWANI745 dan astroawani.com