Tutup

Tumpuan AWANI 7.45: Tarif air bakal diumum & Akta Kawal Vape di Parlimen Mac depan

Kadar baharu tarif air bagi semua negeri mungkin diumumkan hujung tahun ini. Bagaimanapun perkara itu akan dibawa kepada Kabinet terlebih dahulu untuk dibincangkan. Akta baharu berkaitan penggunaan Tembakau, Vape dan Shisha bakal dibentang di Parlimen selewat-lewatnya pada persidangan sesi Mac 2020. Perinciannya dalam AWANI 7.45 malam ini dan astroawani.com.