Tumpuan AWANI 7.45: Tiada transaksi babitkan akaun bank Azmin & Ahmad Zahid bakal hadapi 40 tuduhan rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengesan sebarang transaksi membabitkan beberapa akaun bank yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka berdepan lebih 40 tuduhan membabitkan kes rasuah. Perinciannya dalam AWANI 7.45 malam ini dan astroawani.com.