Tun Dr Mahathir buat julung kali bangkit berdiri mencelah dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat julung kali bangkit berdiri mencelah dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat. Beliau yang mencelah sewaktu Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) membaskan Kertas Putih ?Ke Arah Kelestarian Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA)?, merujuk dirinya sebagai Ahli Parlimen Langkawi untuk berdiri meminta pencerahan.