Video  |  Malaysia

Tun Dr Mahathir disepina beri keterangan berhubung kerugian Forex

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi keterangan pada Isnin depan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian tukaran asing Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990an. Peguam Dr Mahathir Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata sepina itu telah diserahkan kepada beliau bagi pihak Dr Mahathir pada kira-kira 2.35 petang rabu oleh pegawai RCI Amran Md Jusin.