Tun Dr Mahathir kutuk tragedi tembakan rambang Christchurch

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk sekeras-kerasnya tragedi tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand yang meragut lebih 40 nyawa. Dalam satu kenyataan, Tun Mahathir berharap agar kerajaan New Zealand akan menangkap mereka yang bertanggungjawab ke atas insiden berkenaan dan menjatuhi hukuman mengikut undang-undang.