Tun M bakal terima anugerah tertinggi kerajaan Pakistan

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menerima anugerah awam tertinggi kerajaan Pakistan sempena Sambutan Hari Pakistan pada 23 Mac ini. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Ikram Mohammad Ibrahim berkata anugerah - Nishan-e-Pakistan atau Order of Pakistan, akan dianugerahkan oleh Presiden Pakistan, Dr Arif Alvi.