Tun M cadang cukai dalam talian, pacu ekonomi ASEAN

Isu cukai perniagaan atas talian menjadi antara perkara yang diutarakan Malaysia pada sesi Pleno melibatkan 10 pemimpin anggota asean sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34 pada Sabtu. Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan perniagaan atas talian hanya memberi keuntungan kepada negara di mana sesebuah syarikat itu beroperasi.