Tun M diberi pengiktirafan, tanam pokok di Taman Mahkota Jubli Emas

Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi ketua kerajaan pertama yang diberi penghargaan oleh Kerajaan Brunei Darussalam untuk menanam pokok di Taman Mahkota Jubli Emas di sini pagi tadi. Pokok yang diberi nama Pohon Bahagia itu turut ditanam oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang turut membawa Dr Mahathir beriadah di taman itu.