Tun M kagum kilang milik anak Melayu

Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa lebih sejam melawat kilang jus buah-buahan milik Nenas Merbok Sdn Bhd di Pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, Gurun, pada Ahad. Perdana Menteri yang tiba jam 10 pagi di kilang itu memandu sendiri kereta ditemani bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin.