Tun M mahu usahawan China terus guna penerbangan MAS

Tun Dr Mahathir turut disoal berkenaan kekhuatiran rakyat China terutama dalam kalangan pelabur susulan kejadian kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 2014. Namun, Dr Mahathir menegaskan, perkara tersebut tidak harus kekal bermain di fikiran usahawan negara tembok besar itu.