Tun M puji kepimpinan kerajaan negeri Melaka

Dalam lawatan kerjanya di Melaka, perdana menteri sempat melancarkan Program Rumah Peduli Negeri Melaka. Dalam ucapannya, beliau memuji kepimpinan kerajaan negeri Melaka ekoran pencapaian hampir 60 peratus janji yang dibuat Pakatan Harapan negeri. Kejayaan menyiapkan rumah contoh dalam tempoh 27 hari bagi program itu antara komitmen Pakatan Harapan menyediakan 1 juta rumah mampu milik, khususnya golongan berpendapatan rendah dalam tempoh sepuluh tahun.