Tun M sebak ketika zahirkan penghargaan kepada guru

Jarang sekali melihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat menahan perasaan ketika mana disaksikan jutaan rakyat Malaysia secara langsung di kaca televisyen. Namun hari ini, beliau tidak dapat menahan sebak di hati ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang, hari ini.