Tutup

Tun Mahathir lancar Malaysia Fest di Bangkok

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merasmikan Malaysia Fest 2019 di pusat membeli belah Central World di Bangkok, Thailand. Pesta yang bermula semalam itu bukan sahaja menampilkan budaya kepelbagaian rakyat Malaysia, malah turut menyajikan lebih 60 jenis makanan jalanan Malaysia yang bakal menjadi tumpuan utama pengunjung.