Tun Siti Hasmah terima Anugerah HRD Asia

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat Pembangunan Sumber Manusia Asia (HRD) pada majlis penyampaian Anugerah HRD Asia 2019 yang diadakan di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya malam tadi. Anugerah tersebut ialah sebagai mengiktiraf sumbangan cemerlang isteri Perdana Menteri itu kepada pembangunan sektor kesihatan awam di Malaysia.