Tutup

Tunggu laporan keselamatan sebelum sekolah dibuka semula - Exco

Kerajaan negeri Johor akan menunggu laporan keselamatan jabatan berkaitan sebelum dua sekolah yang terjejas dibenarkan dibuka semula susulan pencemaran gas di Pasir Gudang. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, Aminolhuda Hassan penutupan sementara itu membabitkan seribu 566 pelajar dan 122 guru serta kakitangan.